ISU-ISU PERANCANGAN PROJEK DI NEGERI SABAH.
In: e-BANGI Journal, Jg. 19 (2022-06-01), Heft 5, S. 98-113
Online
academicJournal
Zugriff:
A well-executed project management process will encourage growth and accelerate the achievement of national development objectives. Despite entering the 12th Malaysia Plan (12MP), there are still shortfalls or inefficiencies in public projects' financial and physical performance due to various factors, including weaknesses in the project planning stage. This study wants to identify the most dominant issue among the four project planning issues, namely site/land issues, brief project issues, ceiling/allocation issues, and weaknesses at the project planning stage for physical projects in Sabah. This study uses a quantitative method using the survey form as the main instrument to obtain data. A total of 273 respondents from the Management and Professional group (Grades 41-54) were involved in the project planning process at the Federal Government and Sabah State Government. Data were analyzed using descriptive analysis, namely frequency, mean, and percentage. The results showed that the project planning issues are at a frequent level of 3.39 mean (67.75%), which explains that it often occurs at the project planning stage. The issue of the project brief is the most dominant aspect, which is 3.58 (71.60%) compared to other elements. Therefore, the Ministry/Agency should emphasize the importance of providing a complete project brief to ensure no change in customer needs after the project has started or is in progress. [ABSTRACT FROM AUTHOR]
Proses pengurusan projek yang dilaksanakan dengan baik akan menggalakkan pertumbuhan dan mempercepatkan pencapaian objektif pembangunan negara. Walaupun telah memasuki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), namun masih berlaku shortfall atau ketidakcekapan prestasi kewangan dan fizikal projek awam disebabkan pelbagai faktor, antaranya kelemahan di peringkat perancangan projek. Kajian ini ingin mengenal pasti isu paling dominan di antara 4 isu perancangan projek iaitu isu tapak/tanah, isu brif projek, isu siling/peruntukan dan isu kelemahan di peringkat perancangan projek bagi projek fizikal pembinaan di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang kaji selidik sebagai instrumen utama mendapatkan data. Sebanyak 273 responden terlibat iaitu pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54) yang terlibat dengan proses perancangan projek di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu kekerapan, min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keempat-empat isu perancangan projek berada pada tahap kerap berlaku iaitu 3.39 min (67.75%) yang menjelaskan ianya kerap berlaku di peringkat perancangan projek. Isu brif projek merupakan aspek paling dominan iaitu 3.58 (71.60%) berbanding dengan aspek lain. Oleh itu, Kementerian/Agensi perlu memberi penekanan kepada kepentingan menyediakan brif projek yang lengkap bagi memastikan tidak berlaku perubahan di dalam keperluan pelanggan selepas projek telah bermula atau sedang dalam pelaksanaan. [ABSTRACT FROM AUTHOR]
Titel: |
ISU-ISU PERANCANGAN PROJEK DI NEGERI SABAH.
|
---|---|
Autor/in / Beteiligte Person: | bin Arifin, Kadir ; Ismail, Rahah binti |
Link: | |
Zeitschrift: | e-BANGI Journal, Jg. 19 (2022-06-01), Heft 5, S. 98-113 |
Veröffentlichung: | 2022 |
Medientyp: | academicJournal |
ISSN: | 1985-3505 (print) |
Schlagwort: |
|
Sonstiges: |
|